Pemimpin UMNO mula tiba di WTC hadiri Mesyuarat MKT

Johari (dua dari kanan) dilihat tiba di WTC Kuala Lumpur pada jam 8.22 malam bagi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pada Rabu.
Johari (dua dari kanan) dilihat tiba di WTC Kuala Lumpur pada jam 8.22 malam bagi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin UMNO dilihat tiba di pekarangan Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, pada Rabu.

Perjumpaan kali ini menjadi tumpuan apabila beberapa keputusan besar dijangka diputuskan, antaranya mengenai pemecatan beberapa ahli parti termasuk Ahli MKT UMNO, Isham Jalil.

Antara yang hadir adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahmad (kiri) turut dilihat hadir di WTC Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pada Rabu.
Ahmad (kiri) turut dilihat hadir di WTC Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pada Rabu.

Difahamkan, mesyuarat yang akan dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu dijadualkan bermula pada jam 8 malam.

Pada Isnin, Ahli MKT UMNO, Isham Jalil menerusi kenyataan di Facebook mendedahkan nama beliau mungkin tersenarai antara ahli yang akan dipecat pada mesyuarat parti itu minggu ini kerana mendakwa tidak mahu mempromosi DAP.

Isham mendakwa, terdapat ahli MKT UMNO pro-DAP menyuruhnya meletakkan jawatan, namun beliau enggan berbuat demikian memandangkan jawatan itu digalasnya ekoran dipilih oleh akar umbi.

Artikel Berkaitan:

Shamsul (kanan) turut hadi pada mesyuarat berkenaan.
Shamsul (kanan) turut hadi pada mesyuarat berkenaan.

Ujar beliau, beberapa lagi ahli UMNO juga difahamkan akan dipecat dalam mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat malam ini juga dijangka membincangkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis kerana menghadiri majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Bakri, Johor baru-baru ini