9,704 kes keganasan rumah tangga direkodkan OSCC

OSCC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 9,704 kes keganasan rumah tangga yang mendapatkan rawatan di pusat berkenaan pada tahun 2022. - Gambar hiasan
OSCC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 9,704 kes keganasan rumah tangga yang mendapatkan rawatan di pusat berkenaan pada tahun 2022. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Perkhidmatan Krisis Bersepadu (OSCC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 9,704 kes keganasan rumah tangga yang mendapatkan rawatan di pusat berkenaan pada tahun 2022.

Pegawai Pusat Kecemerlangan (KKM), Mejar Bersekutu (PA) Kasturi Bai berkata, daripada jumlah tersebut, 84 peratus iaitu 8,145 kes adalah wanita dan selebihnya 1,559 kes mangsa lelaki.

Menurutnya, kes keganasan rumah itu melibatkan penderaan fizikal sebanyak 5,361 wanita berbanding 1,327 lelaki manakala seksual (2,671 wanita dan 197 lelaki) serta psikologi (113 wanita dan 35 lelaki).

"Dari segi penderaan fizikal, wanita akan mencederakan lelaki dengan alatan tajam seperti gunting sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

"Psikologi pula, melibatkan kewangan apabila isteri tak puas hati mengenai nafkah tidak mencukupi yang mencetuskan pertengkaran hingga melibatkan campur tangan orang ketiga.

“Kita dapati kebanyakan kes dera melibatkan lelaki berlaku pada musim perayaan," ujarnya pada program Sinar Live bertajuk Trauma Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Kasturi
Kasturi

Program sempena Seminar Memerangi Keganasan Rumah Tangga 2023 Polis Selangor itu dikendalikan Inspektor Mohd Hafiz Abd Majib dan Inspektor Nur Rogayah Abdul Shukor sebagai pengacara majlis.

Artikel Berkaitan:

Tambah Kasturi, seseorang lelaki yang pernah menjadi mangsa dera sejak kecil, terdapat 14 kali kebarangkalian meneruskan perbuatan tidak bermoral itu kepada orang lain.

Katanya, sekiranya wanita pula menjadi mangsa keganasan rumah tangga akan mengalami 16 kali kebarangkalian penderitaan dari segi fizikal dan emosi.

Justeru, beliau menggesa mangsa keganasan rumah tangga sama ada wanita atau lelaki untuk berani tampil melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

Ujarnya, ia bagi menggelakkan kesan lebih buruk kepada diri dan keluarga terutama anak-anak.

"Jika biarkan berlarutan, seseorang itu mungkin mengalami kemurungan yang akan mendorong kepada bunuh diri dan sakit mental.

"Kanak-kanak pula meninggalkan memori buruk dan menimbulkan sifat marah serta dendam yang mungkin membawa kepada kelakuan ganas," jelasnya.