Pemandu lori kren TNB maut, bertembung treler hilang kawalan

ALOR SETAR - Seorang pemandu lori kren Tenaga Nasional Berhad (TNB) meninggal dunia di tempat kejadian apabila kenderaannya yang dipandunya itu bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Alor Setar-Sungai Petani pada pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima laporan berkaitan kemalangan jalan raya tersebut pada jam 4.15 pagi.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia dikenali Hasbullah Mohd Salleh, 38, berasal dari Baling telah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
"Hasil siasatan awal mendapati pergerakan lori treler dari arah Alor Setar ke Sungai Petani manakala lori dibawa mangsa dari arah bertentangan.