Anwar lawat Singapura esok

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
A
A
A

SINGAPURA - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat Singapura pada Rabu (13 September), menurut Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA).

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan isteri akan menyambut Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk minum petang, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

MFA berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di Singapura untuk berucap pada Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2023.

Anwar akan diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Luar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: