Wanita Isma sasar 10,000 wanita khatam al-Quran

Membaca dan memahami al-Quran perlu dijadikan amalan umat Islam termasuk kaum wanita.
Membaca dan memahami al-Quran perlu dijadikan amalan umat Islam termasuk kaum wanita.
A
A
A

KUANTAN - Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita Isma) menyasarkan 10,000 wanita khatam al-Quran sempena Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Wanita Se-Malaysia yang dijadualkan 25 Mei ini.

fb Aktivis Wanita Isma, Nurul Akmar Ramli berkata, majlis tersebut akan dijalankan serentak di seluruh negara bersempena Ramadan yang sangat sinonim dengan gelaran bulan al-Quran.

Menurutnya, penganjuran majlis itu menjadi salah satu usaha Wanita Isma untuk menarik umat Islam khasnya golongan wanita kembali mendekati al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup.

Nurul Akmar
Nurul Akmar

“Gejala sosial yang meruntuhkan akhlak dan budaya umat Islam hari ini merupakan natijah tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

“Budaya hedonisme, terlalu taksub dengan hiburan melalaikan dan ketagih internet menjadi fenomena anak muda kita hari ini hingga ramai tersasar arah tuju dan matlamat hidup. Semuanya ini juga sebenarnya berpunca daripada sikap kita tidak mengamalkan al-Quran secara menyeluruh,” katanya.

Nurul Akmar berkata, menyedari hakikat itu, Wanita Isma ingin mengajak masyarakat untuk kembali kepada al-Quran terutamanya para wanita.

Beliau berkata, umat Islam perlu kembali kepada al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup bukan hanya sekadar dibaca tanpa difahami maknanya, bukan hanya sekadar menjadi hiasan di dinding mahupun menjadi pilihan hadiah di atas dulang hantaran.

Artikel Berkaitan: