MBSJ naik taraf sistem saliran tangani banjir

MBSJ akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran bagi menangani kejadian banjir di beberapa kawasan terlibat. Gambar hiasan.
MBSJ akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran bagi menangani kejadian banjir di beberapa kawasan terlibat. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran bagi menangani kejadian banjir di beberapa kawasan terlibat bermula Khamis ini.

Kawasan terlibat ialah di sebahagian kawasan Persiaran Puchong Jaya Selatan, Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), tempat letak kereta Pusat Perdagangan IOI dan Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya.

Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ memberitahu, kerja-kerja menaik taraf ini mengambil tempoh selama 16 minggu bermula pada 14 September ini hingga 30 Disember depan.

Pelan pengurusan lalu lintas berhubung penutupan jalan berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran bagi menangani kejadian banjir di beberapa kawasan terlibat bermula Khamis ini.
Pelan pengurusan lalu lintas berhubung penutupan jalan berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran bagi menangani kejadian banjir di beberapa kawasan terlibat bermula Khamis ini.

"Sehubungan itu, kerja-kerja ini akan melibatkan penutupan sementara separuh jalan dan perubahan trafik termasuk kawasan tempat letak kereta di sebahagian kawasan komersial Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf di kawasan terlibat diharapkan dapat mengatasi masalah sistem saliran yang mengakibatkan banjir di sekitar kawasan tersebut sekali gus memberi manfaat kepada komuniti setempat.

"MBSJ terus komited menyediakan kemudahan infrastruktur demi kehidupan lebih selesa untuk komuniti bandar raya," kata beliau.

Artikel Berkaitan: