39 klinik Kesihatan daif siap dinaik taraf Oktober ini - JKNK

Dr Zaini (tiga dari kanan) mendengar taklimat mengenai pendermaan organ pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Kelantan di HRPZ II.
Dr Zaini (tiga dari kanan) mendengar taklimat mengenai pendermaan organ pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Kelantan di HRPZ II.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 39 klinik kesihatan yang dinaik taraf di negeri ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada Oktober ini.

Pengarah Kesihatan negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua klinik berkenaan menerima peruntukan keseluruhan RM9.4 juta melalui pembaikan klinik daif.

Beliau memberitahu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) kini sedang membuat permohonan baharu bagi pembaikan beberapa klinik daif lain untuk tahun depan.

"Kos keseluruhan yang diterima itu hanya untuk tahun ini dan kita dalam proses mendapatkan maklumat dan senarai pendek klinik terbabit daripada pejabat tanah dan daerah (PTD) di setiap daerah," katanya.

Dr Zaini berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Abdul Haris Muhammad.

Media pada Isnin melaporkan Perdana Menteri mengumumkan sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin kualiti perkhidmatan.

Selain itu, kerajaan turut memutuskan untuk menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil bagi menangani isu kesihatan mental.

Artikel Berkaitan: