Bom tangan ditemui di tapak pengurusan sisa pepejal

Objek dipercayai bom tangan dijumpai seorang pekerja tapak pelupusan sampah pada Isnin.
Objek dipercayai bom tangan dijumpai seorang pekerja tapak pelupusan sampah pada Isnin.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Sebutir bom tangan ditemui di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar, Seberang Jaya di sini pada jam 1.30 petang, Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, polis menerima aduan daripada seorang pekerja tapak pelupusan sampah yang memaklumkan terjumpa satu objek yang disyaki bom tangan.

"Siasatan polis mendapati, lokasi kejadian adalah tapak pengurusan sisa pepejal yang mana, ia kawasan berbukit dan berpagar.

"Objek yang disyaki bom tangan tersebut sudah berkarat makin namun lengkap sifatnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menambah, Unit Pemusnah Bom Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang telah dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan.

"Pemeriksaan keselamatan telah dibuat, seterusnya proses pemusnahan telah dibuat di kawasan tersebut.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan bom tangan berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: