Lelaki pukul gelandangan diberkas

Gambar tular (kiri) memaparkan seorang lelaki yang juga gelandangan dipukul di Jalan Tun Tan Cheng Lock pada Sabtu. Noor Dellhan (kanan).
Gambar tular (kiri) memaparkan seorang lelaki yang juga gelandangan dipukul di Jalan Tun Tan Cheng Lock pada Sabtu. Noor Dellhan (kanan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis memberkas seorang lelaki disyaki memukul seorang gelandangan di Jalan Tun Tan Cheng Lock, dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes terbabit pada jam 12.11 tengah malam.

"Kejadian terbabit telah ditularkan melalui hantaran daripada pemilik akaun X," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Noor Dellhan berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 36 tahun pada jam 1.46 pagi Isnin.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita sedang berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya.

Beliau berkata, suspek telah direman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama.

"Kita akan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," ujarnya.

Sebelum itu, tular satu hantaran di aplikasi X daripada @Bihanuha yang memaparkan seorang gelandangan lelaki terbaring dengan berlumuran darah di kaki lima jalan.

Menurut hantaran terbabit, mangsa telah dipijak dan ditendang sehingga berlaku pendarahan di kepala, sebelum suspek meninggalkan kawasan itu.

Artikel Berkaitan: