PN tidak puas hati, dakwa kena 'scam' dengan Speaker

Johari menolak notis usul tergempar yang dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan penarikan balik 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid. - Foto Bernama
Johari menolak notis usul tergempar yang dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan penarikan balik 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mendakwa mereka menjadi mangsa 'scam' Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang memungkiri janji untuk memberi ruang kepada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) untuk bercakap mengenai usul tergempar ditolak.

Sebelum itu, Johari memberi jaminan untuk memberikan ruang berkenaan selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Johari yang tidak memberi ruang tersebut dengan bertindak menangguhkan sidang khas Dewan Rakyat itu sebaik sahaja Anwar selesai membaca teks pembentangan.

"Speaker mungkir janji. Tak tak sangka di Dewan Rakyat, di dewan yang mulia, dengan seluruh rakyat Malaysia menonton bahawa kali telah diberi peluang cakap tentang usul 18 (1), tiba-tiba kami tak dibenarkan.

"Kami juga tidak diberitahu sama ada esok boleh bawa atau tidak.

"Tapi yang penting, pusingan pertama ini rakyat melihat bahawa selepas pembentangan, kerajaan berbohong secara terbuka kepada rakyat yang tertunggu-tunggu untuk kami bawa usul kes Timbalan Perdana Menteri kerana kami tak dibenarkan bahas," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.

Notis usul tergempar yang dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan penarikan balik 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal turut menyatakan rasa kecewa dan mendakwa tindakan Johari itu adalah kerana mendapat arahan baharu.

Artikel Berkaitan:

"Kami nak tanya apa yang nak takut dan nak disorokkan? Apa yang kebal sangat untuk kita bahas perkara ini? melibatkan kepentingan ramai dan keadilan di negara kita.

"Kami dah ikut peraturan (tunggu sehingga Anwar habis bentang) tapi malangnya Speaker mungkir janji," katanya.