Martin tawan Misano

Martin unggul menguasai GP San Marino dalam saingan di Misano, Itali pada Ahad. Foto AFP.
Martin unggul menguasai GP San Marino dalam saingan di Misano, Itali pada Ahad. Foto AFP.
A
A
A

PELUMBA Pramac, Jorge Martin mengungguli saingan motosikal Grand Prix (GP) San Marino untuk merapatkan jurang dengan pendahulu, Francesco Bagnaia di Misano pada Ahad.

Pelumba berusia 25 tahun itu ketinggalan 36 mata di belakang juara dunia, Bagnaia selepas meraih kemenangan ketiga GP dalam kariernya.

"Terima kasih kepada setiap orang yang membantu saya mencapai kejayaan ini kerana kami bekerja keras," ujar Martin.

Dalam perlumbaan itu, Martin bermula dari petak utama dan lebih sesaat di depan pelumba VR46, Marco Bezzecchi.

Martin mengutip mata maksimum dari Misano selepas turut memenangi perlumbaan pecut pada Sabtu.

Bagnaia yang mengalami kecederaan juga cemerlang dengan penamat ketiga sekali gus menggembirakan penyokong tuan rumah di litar Itali itu.

Martin menyambar petak utama selepas memecah rekod litar hampir setengah saat ketika kelayakan pagi Sabtu dan pelumba Sepanyol itu kelihatan tenang ketika dua pelumba Itali mengejarnya.

"Hari ini (Ahad) di depan Marco dan Bagnaia ia pastinya sering kali sukar. Sejurus saya melihat ada ruang saya mula menekan dengan segala kudrat yang dimiliki," ujar Martin.

Artikel Berkaitan:

Bagnaia dan Bezzecchi berlumba dalam kesakitan selepas mengalami kemalangan teruk pada perlumbaan MotoGP Catalunya hujung minggu lalu.

Bezzecchi turut merapatkan jurang dengan Bagnaia dan ketinggalan 65 mata di belakang pendahulu.