Netizen berang video tular remaja buli warga emas

Capture
A
A

KUALA LANGAT - Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan sekumpulan remaja sedang membuli seorang warga emas dalam kejadian dipercayai berlaku di Sijangkang, Selangor.

Menerusi rakaman klip video yang tersebar di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kelihatan kumpulan remaja terbabit sedang membuli warga emas berkenaan sehingga mendapat kecaman netizen.

Selain itu, salah seorang daripada remaja terbabit kelihatan seakan-akan ingin menjatuhkan motosikal yang ditunggang oleh warga emas berkenaan.

Lebih menyedihkan, remaja terlibat turut dikesan membaling objek ke arah warga emas malang itu sambil ketawa.

Rakaman yang tular itu dikatakan telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat di kawasan berkenaan yang kemudiannya bertindak untuk mencari remaja terbabit.

Selain itu, terdapat juga tiga klip video lain yang dimuat naik menerusi laman Facebook memaparkan penduduk setempat berjaya mengenal pasti remaja berkenaan.

Penduduk bertindak mencari remaja terlibat.
Penduduk bertindak mencari remaja terlibat.

Kelihatan puluhan penduduk membanjiri rumah remaja itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan mereka.

Menurut seorang netizen, Joha Jaafar, dia amat mengenali warga emas itu yang disifatkan sebagai peramah dan suka bermain dengan kanak-kanak.

"Aku penduduk asal Sijangkang kenal sangat dengan orang tua ni. Dulu masa kecil suka dia dengan budak-budak selalu tegur dia, ajak dia main kampung. Zaman dah berubah. Hormatilah dia," tulisnya.

Sementara itu, Norazli Al Jauhary turut mengagumi tindakan penduduk setempat yang pantas mencari kumpulan remaja terlibat.

"Tahniah penduduk setempat. Sama-sama banteras tingkah laku biadap remaja akhir zaman. Harap teruskan amalan amal makruf nahil mungkar ini.Semoga penduduk seperti tempat ini sentiasa bersatu menentang kemungkaran," katanya.

Dalam pada itu, Aiman Hakim berharap agar anak muda menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran.

"Jadikanlah pengajaran anak muda. Masa depan jauh lagi jangan dok ikut sangat kata kata orang nakal zaman muda. Zaman tua belum tentu begitu. Bina jati diri bermula dari muda lagi baik dari bila dah tua baru nak berubah. Jadikan pedoman," katanya


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia