Rogol bergilir-gilir, lagi empat lelaki diberkas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat lelaki diberkas bagi siasatan lanjut berkaitan kes melibatkan seorang gadis dirogol sekumpulan lelaki termasuk abang iparnya di Seksyen 2 Wangsa Maju, 30 Ogos.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kesemua suspek itu diberkas di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.

"Operasi yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur itu menahan seorang lelaki di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 7 September.

"Dua suspek kemudian ditahan di Bachok, Kelantan pada 8 September sebelum seorang lagi suspek ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 9 September," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, tangkapan keempat-empat suspek terbabit menjadikan keseluruhan lima individu ditahan setakat ini.

"Seorang lelaki yang ditangkap sebelum ini telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan.

"Kerjasama daripada orang awam amat dihargai dalam menyalurkan info sehingga tertangkapnya suspek yang terlibat dalam kejadian," katanya.

Pada 30 Ogos lalu, seorang wanita berdepan detik hitam selepas dirogol di rumahnya di Wangsa Maju, dekat sini oleh lima lelaki yang dipercayai rakan abang iparnya.

Artikel Berkaitan:

Lebih malang, perbuatan terkutuk yang berlaku jam 3.30 pagi itu turut dirakam oleh suspek terlibat.