RM310,000 imarah masjid, surau di Muar

Syed Saddiq (belakang tengah) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan dan Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Muar di Dewan Hasanah Parit Keroma, Muar kelmarin.
Syed Saddiq (belakang tengah) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan dan Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Muar di Dewan Hasanah Parit Keroma, Muar kelmarin.
A
A
A

MUAR - Sebanyak 31 masjid dalam Parlimen Muar menerima peruntukan bersempena Ramadan bernilai RM10,000 setiap satu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, peruntukan keseluruhan bernilai RM310,000 itu diagihkan bertujuan membantu merancakkan agenda dan keperluan infrastruktur.

Menurutnya, semua masjid ini akan bertanggungjawab mengagihkan wang berkenaan secara adil kepada surau-surau di bawah jagaan mereka.

“Umum mengetahui fungsi masjid dan surau yang sangat besar pada orang Islam terutama pada bulan Ramadan. Masjid bukan sahaja pusat ibadat tetapi juga merupakan pusat masyarakat, kebajikan dan pendidikan.

“Saya memperuntukkan RM10,000 bagi setiap satu masjid di Parlimen ini agar memudahkan pihak berkenaan menjayakan pelbagai aktiviti termasuklah bantuan kebajikan,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan dan Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Muar di Dewan Hasanah Parit Keroma di sini kelmarin.

Syed Saddiq berkata, beliau turut meluluskan peruntukan kecemasan iaitu RM50,000 bagi tujuan membaikpulih rumah ibadat ini serta pusat tahfiz di Parlimen Muar.

Azhar dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Masjid Al-Ikhsan, Hamdan Ali bersama jawatankuasa masjid yang lain bersetuju menggunakan peruntukan sumbangan pejabat Parlimen untuk membantu 60 keluarga asnaf.
Azhar dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Masjid Al-Ikhsan, Hamdan Ali bersama jawatankuasa masjid yang lain bersetuju menggunakan peruntukan sumbangan pejabat Parlimen untuk membantu 60 keluarga asnaf.

Artikel Berkaitan:

“Untuk pelan jangka masa panjang, saya nak bantu masjid-masjid ini mewujudkan Food Bank bagi untuk keperluan golongan yang kurang berkemampuan.

“Saya juga akan menggerakkan program Fit Masjid yang bakal menghimpunkan anak muda dan kariah masjid untuk menganjurkan program sukan bersama dengan peruntukan tertentu. Ini sekali gus akan meremajakan kariah masjid dan mendekatkan masjid dengan anak muda,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Ikhsan Parit Jawa, Azhar Muharam, 48, berkata, peruntukan itu akan dimanfaatkan untuk bantuan kepada golongan asnaf sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

“Bawah masjid saya terdapat 11 surau yang membabitkan tiga kampung iaitu Parit Lapis, Parit Nipah dan Parit Jawa Hulu. Jadi kami dah putuskan agar peruntukan bernilai RM10,000 ini diagihkan kepada 60 keluarga asnaf.

“Setiap keluarga terima RM150 dengan jumlah keseluruhan RM9,000. Baki RM1,000 digunakan untuk bayaran penggali liang serta Majlis Hari Raya Aidilfitri Masjid Al-Ikhsan,” katanya.

Peruntukan kecemasan iaitu RM50,000 turut diluluskan bagi tujuan membaikpulih rumah ibadat serta pusat tahfiz di Parlimen Muar.