Teknologi 'steam-distiller' kelainan UniKL tarik pengunjung

Dr Ruzainah sedang menunjukkan peralatan ‘steam-distiller’ yang digunakan untuk memberi penjelasan kepada pelajar
Dr Ruzainah sedang menunjukkan peralatan ‘steam-distiller’ yang digunakan untuk memberi penjelasan kepada pelajar
A
A
A

SHAH ALAM - Teknologi ‘steam-distiller’ atau penyuling wap antara kelainan utama yang dibawa oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) semasa Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat.

Pensyarah Kanan Jabatan Bioprocess Engineering Tech UniKL, Prof Madya Dr Ruzainah Ali @ Jaafar berkata, pameran teknologi tersebut bersesuaian dengan fokus UniKL untuk memupuk kesedaran dan memperkenalkan pengkhususan program baharu kepada pengunjung terutamanya golongan pelajar sekolah.

“Kami dari UniKL Malaysian Institute Of Chemical And Bioengineering Technology (UniKL MICET) di mana kampus ini memperkenalkan lima pengkhususan.

“Jadi kami ambil kesempatan dalam karnival ini untuk memperkenalkan subjek elektif kami yang baharu di mana berkait rapat dengan teknologi dan kosmetik.

“Kami bawa peralatan ‘steam-distiller’ yang menunjukkan proses penyulingan wap (‘steam-distillation’). Ketika kami memberi penerangan kepada kepada pelajar, memang ia menarik perhatian mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurut beliau, karnival tersebut merupakan platform tepat untuk UniKL MICET mendedahkan golongan pelajar dengan perincian kursus program yang ditawarkan oleh pihak universiti sekaligus mencungkil minat mereka dalam industri berkenaan.

Salah seorang tenaga pengajar sedang memberi penjelasan kepada pelajar di reruai UniKL. Antara bahan-bahan rujukan yang terdapat di reruai UniKL
Salah seorang tenaga pengajar sedang memberi penjelasan kepada pelajar di reruai UniKL. Antara bahan-bahan rujukan yang terdapat di reruai UniKL

Selain UniKL MICET, UniKL Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI) turut menyertai reruai sempena karnival tersebut.

Artikel Berkaitan:

Tambah Dr Ruzainah, pendedahan secara bersemuka antara tenaga pengajar dengan pelajar sekolah juga dapat membantu mereka untuk mengenal pasti kecenderungan minat pelajar dalam sesuatu bidang terutamanya sains.

“Sebenarnya memang niat kami untuk menarik minat pelajar untuk menyertai bidang sains. Kalau kita lihat, bilangan pelajar yang menceburi bidang tersebut semakin berkurang saban tahun.

“Memang tahun ini bilangan tersebut menyaksikan sedikit peningkatan tetapi tidak cukup ketara lagi. Berlainan dengan zaman kita dahulu, ramai pelajar berminat masuk aliran sains.

“Jadi kami percaya dengan cara ini, kami membawanya ke saluran yang betul dan ia sedikit sebanyak boleh membantu kepada peningkatan aliran pelajar sains,” ujarnya.

Dr Ruzainah
Dr Ruzainah

Sementara itu, beliau berkata, pengunjung juga turut didedahkan dengan beberapa pilihan program lain seperti Sarjana Muda Teknologi Keselamatan dan Kualiti Makanan, Diploma Teknologi Kejuruteraan (Sistem Kereta Api), Sarjana Muda Rekabentuk (Kepujian) Dalam Rekabentuk Industri dan Sarjana Muda dalam Reka Bentuk Fesyen dengan Pemasaran (Kepujian).

Tambahnya, Karnival Pendidikan Sinar Bestari merupakan satu inisiatif yang dapat menarik perhatian pengunjung terutamanya golongan pelajar dan ibu bapa.

“Saya berharap usaha pakar-pakar akademik untuk memberikan penjelasan kepada bidang-bidang tertentu terutamanya kejuruteraan, bidang yang dimomokkan dengan sentimen susah, bahaya, kotor itu dapat kita laksanakan melalui platform seperti ini.

“Ia supaya masyarakat kita dapat memandang lebih jauh ke hadapan dalam lima atau 10 tahun akan datang, yang kita nak jaga adalah negara kita,” jelasnya.