Alami kemeriahan menjelang HPF2024

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kanan) dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (empat dari kanan) merasmikan siri Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 di Segamat, Johor.
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kanan) dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (empat dari kanan) merasmikan siri Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 di Segamat, Johor.
A
A
A

SHAH ALAM - Jasa dan pengorbanan para peneroka kepada landskap pembangunan Malaysia sememangnya amatlah besar dan tidak mampu dinafikan oleh mana-mana pihak sekali pun.

Bermula dengan pembukaan tanah rancangan pertama oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Lurah Bilut, Bentong, Pahang pada tahun 1958, ia telah berkembang sedikit demi sedikit mengikut arus semasa sekali gus merevolusikan pembangunan tanah di negara ini.

Kini, FELDA menjadi sebuah institusi dihormati dan merupakan antara gergasi pengeluar minyak sawit utama dunia dengan memiliki 317 buah tanah rancangan di seluruh negara berkeluasan keseluruhan 460,840 hektar selain mempunyai lebih tiga juta peneroka.

LOGO HPF2024
LOGO HPF2024

Penghormatan sumbangan peneroka ini sentiasa menjadi agenda utama FELDA menerusi sambutan Hari Peneroka FELDA (HPF) yang diraikan pada Julai setiap tahun.

Tahun ini, HPF 2024 akan berlangsung pada 12 hingga 14 Julai di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor yang mana ia akan disertai lebih 500,000 pengunjung dan warga FELDA dari seluruh negara.

Memeriahkan lagi menjelang HPF 2024, FELDA telah mengadakan Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 sehingga Jun ini membabitkan empat wilayah iaitu Pemanis 1 di Wilayah Segamat (Johor); Tolak Utara, Wilayah Trolak (Perak), Stadium Tun Abdul Razak Jengka, Wilayah Jengka (Pahang) dan Gugusan Sahabat, Wilayah Sahabat di Sabah.

Aktiviti dan acara menarik

Artikel Berkaitan:

Elly Mazlein merupakan ikon HPF2024 dan hos bagi program realiti FEEL DA STARZ.
Elly Mazlein merupakan ikon HPF2024 dan hos bagi program realiti FEEL DA STARZ.



Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 yang juga merupakan program countdown sempena HPF2024 itu sarat dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya program realiti pencarian bakat seni hiburan, FEEL DA STARZ yang dihoskan oleh Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai ‘Kak Lina Pom Pom’ dan merupakan ikon HPF2024.

Ketika ini, sesi uji bakat FEEL DA STARZ sedang berlangsung dan bergerak di 11 wilayah FELDA bersama-sama konvoi bermotor SK X FELDA sekali gus mempromosikan HPF2024.

Elly Mazlein (kanan) bersama para finalis yang berjaya ke pentas akhir program realiti FEEL DA STARZ.
Elly Mazlein (kanan) bersama para finalis yang berjaya ke pentas akhir program realiti FEEL DA STARZ.



Selain itu, kemeriahan HPF2024 telah bermula dengan lawatan ziarah kasih, penjurian Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF) Anugerah Masjid Contoh (AMC), Anugerah Tokoh Imam FELDA (ATIF) dan Anugerah Tokoh Usahawan FELDA (ATUF).

Kesemua pemenang anugerah-anugerah itu bakal diumumkan pada sambutan kemuncak HPF2024 nanti.

Rakan kolaborasi

Seorang peserta menunjukkan bakat nyanyian dalam program FEEL DA STARZ.
Seorang peserta menunjukkan bakat nyanyian dalam program FEEL DA STARZ.



Bagi memastikan HPF2024 berjaya, FELDA turut mengadakan kolaborasi bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Kementerian Komunikasi.

Kolaborasi ini lebih kepada sokongan daripada kementerian untuk terlibat sama dalam program-program yang telah dirancang seperti pameran dan jualan, bual bicara, podcast Rasa Oren, pertunjukan pentas, padanan perniagaan, pertandingan sukan dan pelbagai lagi aktiviti.

HPF2024 juga bakal diserikan lagi dengan penglibatan orang ramai daripada pelbagai lapisan generasi dalam aktiviti seperti Semarak Subuh, Hijrah Berselawat, glamping, Larian Sihat, Masterclass serta Jualan Agro MADANI.

Aktiviti senamrobik diadakan sempena Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 di Menara FELDA, Kuala Lumpur pada Februari lalu.
Aktiviti senamrobik diadakan sempena Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 di Menara FELDA, Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Pada masa sama, Booth Menu turut dibuka kepada para pengunjung HPF2024 yang mewakili 317 tanah rancangan FELDA selain trak makanan, pameran agensi kerajaan dan swasta, sukan warga FELDA, sukan e-sport serta persembahan kebudayaan dan konsert.

Selain itu, program Himpunan 2 Roda turut diadakan bagi mencapai misi mencipta Malaysia Book Of Record (MBOR) bagi kejayaan menghimpunkan lebih 30 ribu buah motosikal.

Sambutan itu turut memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk menjadi rakan strategik, pempamer atau penaja sempena HPF2024. Maklumat lanjut boleh layari menerusi laman sesawang, www.segalanyafelda.com.