Temui Team Haq di Karnival Pendidikan Sinar Bestari esok

Aktiviti teka naskhah merupakan antara acara yang mendapat sambutan menggalakkan.
Aktiviti teka naskhah merupakan antara acara yang mendapat sambutan menggalakkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Karnival Pendidikan Sinar Bestari bakal mengadakan sesi temu mesra bersama pasukan e-sukan, Mobile Legends iaitu Team Haq pada Sabtu di reruai Sinar Karangkraf.

Penyelaras Reruai Sinar Karangkraf, Riswandi Razak berkata, sesi temu mesra bersama pasukan berkenaan merupakan acara kemuncak untuk hari kedua berlangsungnya karnival dan ia akan diadakan pada jam 2 petang.

“Memandangkan karnival ini merupakan program pendidikan, jadi kami mahu menampilkan pasukan e-sukan terkenal di Malaysia kerana sudah tentu mereka (Team Haq) mempunyai pengikut dalam kalangan tetamu yang hadir.

“Pengunjung bukan sahaja dapat beramah mesra tetapi juga boleh bersama-sama bermain Mobile Legends dengan Team Haq,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

Riswandi
Riswandi

Riswandi berkata, reruai Sinar Karangkraf turut membawakan aktiviti lebih menarik pada Sabtu antaranya sesi temu wartawan.

Katanya, sesi berkenaan akan menampilkan seorang wartawan daripada bidang sukan dan turut menampilkan pesilat negara, Nor Farah Mazlan pada jam 9 pagi.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan reruai Sinar Karangkraf merupakan kolaborasi tiga akhbar iaitu Sinar Harian, Sinar Daily dan Sinar Islam Plus.

Artikel Berkaitan:

“Sepanjang tiga hari karnival ini, kita mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai bukan sahaja pelajar tetapi juga orang dewasa kerana segala acara sesuai dengan semua peringkat usia.

“Alhamdulillah, boleh saya katakan bahawa hampir kesemua aktiviti yang diadakan di reruai Sinar Karangkraf mendapat sambutan menggalakkan kerana begitu ramai pelajar tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

Seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Rawang mencuba aktiviti yang disediakan di reruai Sinar Karangkraf pada Jumaat.
Seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Rawang mencuba aktiviti yang disediakan di reruai Sinar Karangkraf pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Riswandi memberitahu setiap akhbar menampilkan aktiviti berbeza seperti Sinar Daily yang mengetengahkan kelab wartawan dan permainan jenga serta Sinar Islam Plus mengadakan sesi temu bual bersama pempengaruh media sosial, TikTok.

Menurutnya, Sinar Harian pula mengadakan aktiviti seperti teka naskhah, ruangan berita, teka-teki, pingpong dan badminton.

Jelas Riswandi, setiap pengunjung yang menyertai aktiviti di reruai itu akan menerima hadiah menarik daripada Sinar Karangkraf.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari membuka tirainya hari ini dengan pelbagai acara menarik seawal jam 8.30 pagi hingga 7 malam nanti.

Pelajar sekolah rendah juga tidak ketinggalan mencuba aktiviti di bahagian ruangan berita.
Pelajar sekolah rendah juga tidak ketinggalan mencuba aktiviti di bahagian ruangan berita.

Penganjuran karnival selama tiga hari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu menghimpunkan 100 pempamer dan lebih 50 aktiviti disediakan kepada pengunjung di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 di sini, sehingga Ahad ini.