Guardian, Tourism Malaysia pacu industri pelancongan domestik

Anna (kanan) dan Ammar (dua dari kanan) bersama tetamu yang hadir melihat produk Guardian yang sesuai digunakan pada musim percutian.
Anna (kanan) dan Ammar (dua dari kanan) bersama tetamu yang hadir melihat produk Guardian yang sesuai digunakan pada musim percutian.
A
A
A

GUARDIAN Malaysia (Guardian) dengan kerjasama Tourism Malaysia melancarkan kempen Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian untuk mempromosikan pelancongan domestik dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai destinasi pelancongan tempatan.

Pengarah Komersial Malaysia dan Brunei, Pengarah Jenama Sendiri Asia Tenggara Guardian, Anna Hull berkata, kempen bermula 4 September hingga 1 Oktober ini menawarkan hadiah bernilai sehingga RM200,000 untuk dimenangi melalui peraduan yang akan diadakan sempena kempen ini.

“Kami berbesar dapat bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk membantu memantapkan pelancongan domestik di Malaysia. Saya sendiri sebagai seorang ekspatriat yang telah beberapa tahun menetap di Malaysia boleh memberi jaminan Malaysia sememangnya mempunyai beberapa destinasi percutian terbaik di dunia.

Anna menerangkan mengenai produk Guardian seperti pelindung matahari yang boleh digunakan di kawasan pantai.
Anna menerangkan mengenai produk Guardian seperti pelindung matahari yang boleh digunakan di kawasan pantai.

“Kami ingin rakyat Malaysia tahu, Guardian sentiasa bersedia untuk menyediakan segala keperluan kesihatan dan kecantikan yang diperlukan untuk percutian mereka. Kami memiliki lebih 600 stor di seluruh Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis produk farmaseutikal, kesihatan dan kecantikan yang boleh ditemui di mana sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis pelancaran kempen Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian telah diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anna berkata, kempen itu diadakan pada bulan sambutan Hari Malaysia dan ia waktu terbaik untuk menunjukkan semangat cintakan tanah air dengan berkunjung ke lokasi menarik yang terdapat di Malaysia pada musim cuti.

“Selain menikmati juadah dan kudapan yang lazat, pada masa sama, kita membantu menaikkan ekonomi tempatan.

Artikel Berkaitan:

Seorang pekerja menunjukkan produk kecantikan dan peralatan mandian yang terdapat di stor Guardian.
Seorang pekerja menunjukkan produk kecantikan dan peralatan mandian yang terdapat di stor Guardian.

“Guardian akan bekerjasama dengan beberapa pempengaruh media sosial yang turut terlibat dalam penghasilan kandungan untuk mempromosikan kempen pelancongan domestik ini,” kata Anna.

Beliau berkata, sempena dengan kempen itu, Guardian juga akan mengadakan peraduan seluruh negara yang membolehkan pelanggannya berbelanja sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit.

“Mereka akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah percutian, kesihatan dan kecantikan bernilai sehingga RM200,000.

“Antaranya ialah hadiah utama sebuah Basikal Brompton C-Line, Basikal Lipat Keluli Klasik, baucar pelancongan domestik bernilai RM12,000, Sunway Camp Out dua hari satu malam dan pas masuk Sunway Lagoon, bagasi Samsonite dan banyak lagi hadiah menarik yang lain,” katanya.

Seorang pekerja Guardian menunjukkan produk penghalau nyamuk terdapat di semua stor Guardian.
Seorang pekerja Guardian menunjukkan produk penghalau nyamuk terdapat di semua stor Guardian.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, kempen promosi bersama Guardian tepat pada masanya dan ia bertujuan untuk menonjolkan keunikan budaya serta keindahan semula jadi yang terdapat di Malaysia sekali gus membantu memperkasakan ekonomi setempat yang dimakmurkan dengan adanya pelancongan domestik.

“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Guardian yang menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan untuk semua jenis percutian seperti di pantai peranginan, bersama keluarga, di tanah tinggi dan penggemar makanan,” katanya.