Gangguan iklim sudah bermula

Cuaca ekstrem melanda seluruh bahagian dunia sejak lebih tiga bulan lalu. - Foto Agensi
Cuaca ekstrem melanda seluruh bahagian dunia sejak lebih tiga bulan lalu. - Foto Agensi
A
A
A

PARIS - Tahun 2023 berkemungkinan menjadi tahun paling panas dalam sejarah manusia.

Laporan terbaharu pemantau iklim Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu juga mendapati suhu global ketika musim panas Hemisfera Utara adalah paling panas pernah pernah direkodkan.

Sejak lebih tiga bulan lalu, gelombang haba panas, kemarau dan kebakaran dahsyat hutan melanda Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Utara yang turut memberi impak dramatik terhadap ekonomi, ekosistem serta kesihatan manusia.

"Suhu purata global pada Jun, Julai dan Ogos ialah 16.77 darjah Celsius mengatasi rekod pada 2019 iaitu 16.48 darjah Celsius.

"Ketiga-tiga bulan itu adalah paling panas dalam tempoh kira-kira 120,000 tahun," jelas Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubahan Cuaca Copernicus (C3S), Samantha Burgess.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, gangguan iklim sudah bermula.

"Saintis telah memberi amaran sejak sekian lama.

Iklim sedang 'meletup' dengan cepat dengan keadaan cuaca ekstrem dan luar biasa melanda seluruh kawasan di bumi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, suhu permukaan laut secara purata juga mencecah 21 darjah Celsius mengatasi rekod sebelum ini yang menyaksikan Lautan Atlantik Utara dan Mediterranean menjadi lebih panas.

Lonjakan suhu secara berterusan dijangka berlaku di tengah-tengah fenomena El Nino yang baru sahaja bermula.

Saintis iklim meramalkan kesan terburuk El Nino bakal dirasai pada akhir tahun dan membawa sehingga ke tahun depan. - AFP

------------

Penemuan C3S berdasarkan analisis dijana komputer menggunakan berbilion bacaan/ukuran daripada satelit, kapal, pesawat dan stesen cuaca di seluruh dunia.