Sanggup berhujan tunggu Agong

Noraini bersama anak-anaknya dan ibu saudara sanggup berhujan menanti ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Noraini bersama anak-anaknya dan ibu saudara sanggup berhujan menanti ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Hujan lebat selama setengah jam tidak mematahkan semangat sebuah keluarga untuk menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah pada Rabu.

Menurut penduduk Kampung Likas, Noraini Maslan, 30, dia dan empat anaknya bersama ibu saudara berada di luar pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang bagi menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya teruja dan gembira, mungkin ini seumur hidup sekali dapat berjumpa Yang di-Pertuan Agong lagi-lagi di Sabah.

"Kami sudah di sini sejak jam 2 petang sebelum hujan dan sekarang hujan pun kami masih setia menunggu," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, dia juga mahu anak-anaknya mengenali ketua negara secara lebih dekat walaupun terpaksa berdiri di tepi jalan.

"Anak-anak saya berusia antara empat hingga 11 tahun juga teruja dan mereka sendiri mahu melihat Tuanku secara lebih dekat.

"Mereka sanggup bersama-sama dan berhujan yang penting dapat melihat dengan dekat," katanya.

Sebelum itu, Seri Paduka berangkat untuk merasmikan kompleks mahkamah antara program yang dihadirinya dalam Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari ke empat.

Artikel Berkaitan:

Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah telah siap pembinaan sepenuhnya pada 22 Julai 2021 dan pembinaan nya membabitkan bangunan empat tingkat.

Bangunan ini meliputi dewan perbicaraan Mahkamah Rayuan Syariah, dua dewan perbicaraan Mahkamah Tinggi Syariah, tiga dewan perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah, kamar Hakim syarie, pejabat pentadbiran, bilik-bilik pegawai, bilik sulh, bilik teknologi maklumat, perpustakaan, surau, kafeteria dan taman asuhan kanak-kanak.

Ia direka dengan mengambil kira keperluan seismik yang berfungsi menahan gegaran seperti gempa bumi manakala bahagian hadapan bangunan kompleks ini dihiasi dengan ukiran motif tempatan serta kubah yang melambangkan syuar Islam.

Selain itu, kompleks ini turut menyediakan fasiliti khas laluan pejalan kaki dan tempat letak kereta bagi orang kurang upaya (OKU).