Ditawar pampasan: Keluarga Hattem tidak letak harapan tinggi

Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pekan, Pahang pada Ahad lalu.
Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pekan, Pahang pada Ahad lalu.
A
A
A

ALOR SETAR - Keluarga pelumba drag, Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi tidak meletakkan harapan tinggi untuk mendapat pampasan akibat kemalangan yang menyaksikan anak bongsu daripada lima beradik tersebut meninggal dunia pada Isnin.

Kakak Allahyarham, Noor Amalia Rashdi, 27, berkata, pihak penganjur juga ada melawat keluarga tersebut pada malam Selasa untuk berbincang dengan bapa, Rashdi Othman, 65 berkaitan pampasan yang ditawarkan namun belum mendapat maklumat terperinci.

Menurutnya, mereka sekeluarga berharap kejadian tersebut tidak lagi menimpa pelumba lain sehingga meragut nyawa pada masa hadapan seperti yang terjadi terhadap Allahyarham Muhammad Hattem.

“Ada atau tidak pampasan, banyak atau sikit pampasan, kami terima dengan reda atas kejadian yang telah berlalu.

“Tetapi kami berharap sangat agar insiden yang berlaku ini tidak terjadi kepada pelumba lain. Mungkin penganjur acara ini atau mana-mana penganjur akan meneliti semula prosedur operasi standard perlumbaan pada masa harapan dan memperbaikinya,” katanya semasa dihubungi pada Rabu.

Noor Amalia berkata lagi, mereka sekeluarga tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak di atas kemalangan yang meragut pelumba drag berusia 22 tahun malah mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan pertolongan yang diberikan selama ini.

Menurutnya, majikan arwah juga telah berusaha sebaik mungkin menjaga kebajikannya sehingga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, dekat sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Perlumbaan drag: PJS siasat jika ada unsur pelanggaran akta

Perlumbaan drag ragut nyawa tiada pengiktirafan MAM

Ribuan iringi perjalanan terakhir Hattem

Pelumba drag maut, penganjur perlu ambil tanggungjawab - KBS

Pelumba drag Hattem Rashdi maut kemalangan di litar lumba

"Orang ramai masih lagi melawat kami sehingga hari ini masih yang kebanyakannya kami tidak kenal pun. Mereka kenal arwah dari media sosial dan ada juga orang ramai yang mendengar berita kematian Hattem terus ziarah kami. Alhamdulillah, banyak orang yang sayang arwah,” ujarnya lagi.

Pada Selasa, Sinar melaporkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu penganjur perlumbaan drag mengambil tanggungjawab di atas insiden malang yang menyebabkan kematian pelumba drag profesional, Muhammad Hattem Rashdi selepas terbabit dalam kemalangan di Pekan, Pahang pada Ahad lalu.

Ketua Setiausaha KBS, Dr K Nagulendran berkata, penganjuran Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 itu tidak mendapat kelulusan daripada Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

“Perlumbaan itu tidak mendapat kelulusan MAM. Kami (KBS) sudah membuat semakan. Selepas ini, kami akan adakan perbincangan dan melakukan tindakan susulan dengan MAM," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!