Sila log masuk terlebih dahulu.

Kehilangannya secara tiba-tiba memberi kesan kepada keluarga Hattem

06 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 6 SEPTEMBER 2023

Pemergian pelumba drag, Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi yang meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba bukan sahaja dirasai ahli keluarga malah rakan dan kenalan apabila ribuan hadir mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Difahamkan kira-kira 3,000 sahabat serta peminat menziarahi termasuk mengiringi pengebumian Allahyarham dengan mengusung jenazah dari rumahnya ke Masjid Kampung Padang Lalang di Alor Janggus, Alor Setar, Kedah sejauh 250 meter pada Selasa.

Allahyarham disifatkan sebagai seorang penyayang, taat pada ibu bapa selain suka bersedekah kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakannya yang baru sahaja dikenali.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/277411/berita/semasa/ribuan-iringi-perjalanan-terakhir-attem?fbclid=IwAR1V9oUIg0uZfPwTTZYkcieMNtQ7Zlcrd4mahI4OWsCxjP900xoo7aEK2aU

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian