Padah buat bising, kacau ganggu

Tindakan sekumpulan penunggang motosikal membuat bising bawa padah apabila dikenakan 145 saman. - Foto ihsan PDRM
Tindakan sekumpulan penunggang motosikal membuat bising bawa padah apabila dikenakan 145 saman. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Sekumpulan penunggang motosikal dikenakan saman gara-gara membuat bising sehingga menjejaskan ketenteraman awam ketika malam sambutan Hari Merdeka lalu di sebuah stesen minyak di Jalan Rasah, di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Mohd Rosli Ishak berkata, tindakan melalui Op Ambang Merdeka itu membabitkan tujuh pegawai dan 62 anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dijalankan kira-kira jam 1 pagi.

Menurutnya, operasi yang turut disertai oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK itu telah memeriksa 230 motosikal dan 265 individu.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 145 saman telah dikeluarkan ke atas penunggang motosikal yang melakukan kesalahan iaitu 36 saman tiada nombor pendaftaran, tiada lesen memandu (25) dan aksesori tidak sempurna (18).

Polis mengeluarkan 145 saman terhadap sekumpulan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan. - Foto ihsan PDRM
Polis mengeluarkan 145 saman terhadap sekumpulan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan. - Foto ihsan PDRM

"Selain itu, sebanyak 16 saman dikeluarkan bagi kesalahan ubahsuai ekzos, tiada cermin sisi (14), tidak pamer 'L' dan 'P' (14) serta 24 lagi saman atas pelbagai kesalahan lain," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Rosli berkata, orang ramai nasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan sebarang tindakan yang mengganggu ketenteraman awam akan di ambil tindakan tegas.

"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan ke Bilik Gerakan IPD Seremban di talian 06-6033477 atau 06-6014999," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 40 saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok memaparkan perbuatan sekumpulan penunggang motosikal tersebut.

Kejadian berkenaan berlaku pada 30 Ogos lepas jam lebih kurang jam 11.50 malam di sebuah stesen minyak di Jalan Rasah, Mambau, bagaimanapun, ia mendapat perhatian pihak polis pada hari sama melalui Op Ambang Merdeka.