Bekas timbalan menteri, Dr Abdullah Fadzil meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, 78, meninggal dunia awal pagi Rabu.

Allahyarham yang juga merupakan Orang Besar Jajahan Kinta dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Panglima Kinta dekat sini pada jam 2 petang ini.

Allahyarham dilantik sebagai Orang Besar Jajahan Kinta pada 2004 selepas bersara daripada politik.

Dalam pentadbiran kerajaan, Allahyarham pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan (1995-1999), Timbalan Menteri Luar (1987-1995) dan Ahli Parlimen Bukit Gantang (1986-2004).

Allahyarham juga diberikan kepercayaan menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selaku presiden selama tujuh tahun bermula tahun 1993 hingga 2000.

Artikel Berkaitan: