PH masih perlukan khidmat Kit Siang

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
A
A
A

SERDANG - Pakatan Harapan (PH) masih memerlukan khidmat dan pengalaman veteran DAP, Lim Kit Siang dalam usaha menuju Malaysia Baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Kit Siang perlu terus bersama PH sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri atau tidak.

Ini kerana, katanya, peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar bergantung kepada keputusan pimpinan PH.

“Peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar bergantung kepada pimpinan PH. Jadi tak ada apa-apalah.

“Tapi saya nak lah juga YB (Kit Siang), kita bersama-sama dalam menuju Malaysia Baharu ini,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Hari Jururawat Antarabangsa 2019, di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam kempennya di Sandakan 9 Mei lalu berkata, beliau sanggup mempertaruhkan kerjaya politiknya sekiranya janji Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR tidak ditunaikan.

Beliau bagaimanapun yakin Dr Mahathir akan melaksanakan janjinya apabila tiba masanya.

Kit Siang berkata demikian sebagai reaksi kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa Perdana Menteri tidak akan menyerahkan tugas jawatan perdana menteri dengan mudah kepada Anwar.

Artikel Berkaitan: