Masih perlukan RM1.5 juta siapkan masjid - Pengerusi maahad

Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau yang dibina di Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah, Jeli. - Foto Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau
Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau yang dibina di Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah, Jeli. - Foto Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau
A
A
A

JELI - Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di sini mahu pembinaan masjid di institusi itu dipercepatkan bagi membolehkan pelajar beribadah dengan selesa.

Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, Kameruzaman Ab Rahman berkata, pembinaan bangunan itu bakal menjadi kenyataan selepas mendapat sambutan daripada pemberi sumbangan.

“Masjid dibina di Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah bermula pertengahan tahun lalu itu bagaimanapun masih memerlukan dana berjumlah RM1.5 juta untuk siap sepenuhnya.

“Masjid mempunyai kelengkapan ruang solat, tempat wuduk dan pejabat itu boleh memuatkan kira-kira 300 pelajar pada satu masa,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, masyarakat yang jauh dari kawasan pusat bandar juga akan mendapat kemudahan menghantar anak-anak ke maahad itu.

“Kami menumpukan pada pembinaan masjid sebelum bangunan lain,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh terus ke akaun Maybank 5530-5641-4773 atau menghubungi pembantu tahfiz terbabit, Baihaqi Kameruzaman di talian 014- 5305 331.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!