Tugas Ahli Dewan Negara sama berat dengan ahli Parlimen - Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh (dua dari kanan) bersama kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Kelantan pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kota Darul Naim pada Selasa.
Nik Mohamad Abduh (dua dari kanan) bersama kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Kelantan pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kota Darul Naim pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menyifatkan tugas sebagai Ahli Dewan Negara sama berat dengan Ahli Parlimen yang pernah disandangnya sebelum ini.

Bekas Ahli Parlimen Bachok dan Pasir Mas itu berkata, beliau sedia memberikan perkhidmatan terbaik pada penggal kali ini selepas diberi mandat oleh Kerajaan Kelantan.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mencadangkan saya sebagai ahli Dewan Negara kali ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kota Darul Naim pada Selasa.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan, Nik Abduh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Kelantan.

Cadangan pelantikan Nik Abduh itu dikemukakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan ia mendapat sokongan dari Timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah kemudian membawa cadangan itu untuk mendapat undian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

ADUN Kelantan secara majoriti menerima cadangan tersebut.

Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!