Sharnaaz Ahmad bakal buka 80 cawangan Aiskrim yogurt Hello

Aliza (tiga,kiri) dan Sharnaaz memotong reben ketika pelancaran cawangan kelima Hello di Mahkota Parade, Banda Hilir di sini pada Sabtu lalu.
Aliza (tiga,kiri) dan Sharnaaz memotong reben ketika pelancaran cawangan kelima Hello di Mahkota Parade, Banda Hilir di sini pada Sabtu lalu.
A
A
A

PELAKON polis Evo 3, Sharnaaz Ahmad melebarkan sayap dalam perniagaan aiskrim yogurt tanpa gula, Hello dengan pembukaan cawangan kelima di Mahkota Parade, Banda Hilir di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Hello, Aliza Ali, berkata, pemilihan rakan jenama pelakon popular itu memberi semangat untuk pihaknya merealisasikan 80 cawangan baharu tidak lama lagi.

Menurutnya, pembukaan itu sekali gus turut mewujudkan 800 peluang pekerjaan baharu terutama kepada golongan muda.

"800 peluang kerja itu termasuk 80 cawangan di Malaysia dan cawangan baharu di luar negara dengan pemilihan negara Indonesia.

"Pemilihan Melaka pula kerana sebelum ini ada diantara pelanggan di negeri ini sanggup ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan Hello, dan kita realisasikan di Melaka bagi memudahkan pelanggan," katanya pada pembukaan cawangan itu.

Sharnaaz di depan cawangan Hello di Mahkota Parade di Banda Hilir.
Sharnaaz di depan cawangan Hello di Mahkota Parade di Banda Hilir.

Tambahnya, Hello turut mempelawa usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan bersama mereka yang mempunyai masa depan lebih cerah kerana citarasa yogurt ini yang istimewa dan mempunyai kelainan tersendiri.

"Setakat ini kita telah ada empat cawangan iaitu di pusat beli-belah 1 Utama, Menara Mustapha Kamal, Jakel Mall dan KTCC Mall," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu tunang kepada Amelia Christie Lim juga teruja dengan kepantasan Hello berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga membuka lima cawangan hanya dalam tempoh kurang tiga bulan.

"Saya melihat perniagaan Hello ini hanya memerlukan kos yang rendah selain harga yang diperkenalkan berpatutan dan menawarkan yogurt berkualiti," katanya lagi.