Lelaki disyaki bunuh bapa dituduh esok

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang disyaki membunuh bapanya sebelum mayatnya dibalut dengan langsir dan dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way di sini, 26 Ogos lalu akan dituduh di mahkamah pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 40-an itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada jam 9 pagi.

"Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Selasa, media melaporkan suspek ketika itu dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak memukul bapanya berusia 70-an dengan penyodok pasir sehingga mati kira-kira jam 12 tengah malam.

Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang selalu menghina dan memberi tekanan kepada suspek yang malas bekerja.

Mangsa juga sering menegur suspek kerana dia gemar mengambil minuman beralkohol.

Artikel Berkaitan: