Enam beranak maut: Ahli keluarga adakan tahlil di bilik mayat hospital

Sebahagian keluarga dan kenalan mangsa mengadakan tahlil ringkas di bilik mayat Hospital Segamat. Dua daripada enam van jenazah yang akan digunakan bagi membawa jenazah bagi urus pengebumian.
Sebahagian keluarga dan kenalan mangsa mengadakan tahlil ringkas di bilik mayat Hospital Segamat. Dua daripada enam van jenazah yang akan digunakan bagi membawa jenazah bagi urus pengebumian.
A
A
A

SEGAMAT - Sebahagian ahli keluarga dan kenalan mangsa nahas di Kilometer (KM) 5, Jalan Segamat-Kuantan, pada Jumaat yang mengorbankan enam sekeluarga, mengadakan tahlil di bilik mayat Hospital Segamat, pada Sabtu, sementara menunggu proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Segamat.

Sebahagian ahli keluarga dan kenalan mangsa di hadapan bilik mayat Hospital Segamat.
Sebahagian ahli keluarga dan kenalan mangsa di hadapan bilik mayat Hospital Segamat.

Dimaklumkan, jenazah akan dibawa ke Parit Jawa, Muar dan bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Ubidiah selepas, Asar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas 5 kenderaan: 6 sekeluarga disahkan maut

Lima sekeluarga maut, tiga cedera nahas tiga kenderaan

Sebanyak enam van jenazah akan digunakan bagi membawa jenazah untuk urusan pengebumian tersebut.

Kemalangan yang berlaku sekitar 6.37 petang Jumaat itu membabitkan empat kenderaan melibatkan Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza, dengan lori membawa muatan pasir, berhampiran sebuah stesen minyak.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian keluarga dan kenalan mangsa mengadakan tahlil ringkas di bilik mayat Hospital Segamat.

Dua daripada enam van jenazah yang akan digunakan bagi membawa jenazah bagi urus pengebumian.