Integriti penting dalam memajukan sektor pelancongan

Elemen integriti memainkan peranan penting dalam pembangunan dan memajukan sektor pelancongan. (Gambar kecil: Halim)
Elemen integriti memainkan peranan penting dalam pembangunan dan memajukan sektor pelancongan. (Gambar kecil: Halim)
A
A
A

SHAH ALAM - Elemen integriti memainkan peranan penting dalam pembangunan dan memajukan sektor pelancongan kerana perbuatan yang tidak jujur akan memberi impak negatif kepada sektor itu.

Pengurus Strategi Korporat Tourism Selangor, Halim Hamdan berkata, sebagai agensi mempromosikan pelancongan negeri, adalah penting untuk pemain industri memastikan produk dan lokasi pelancongan yang dipasarkan itu selamat serta berlesen.

Menurutnya, pendekatan yang dilakukan oleh Rasuah Busters dalam melahirkan individu yang berintegriti perlu diperluas kepada akar umbi.

“Apabila gejala rasuah ini sudah ‘terbiasa’ dalam sesebuah organisasi sukar untuk kita meneutralkan kembali peribadi yang sudah tercemar dengan perbuatan negatif itu.

“Bagaimanapun, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memerangi masalah itu agar agensi diterajui oleh kepimpinan yang bertanggungjawab dan memiliki nilai kejujuran tinggi dalam diri,” katanya sewaktu majlis pelancaran kempen Rasuah Busters #SaySomethingNice pada Selasa.

Kempen itu akan bermula pada 31 Ogos sehingga 16 September ini.

Halim berkata, pihaknya akan turut bersama-sama dengan Rasuah Busters dalam memperluaskan lagi kempen #SaySomethingNice kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan: