Belanda jumpa Greece, Ireland tanpa Depay-Bergwijn

BELANDA perlu beraksi tanpa kelibat Memphis Depay dan Steven Bergwijn untuk kelayakan Euro bulan ini apabila The Oranje menentang Greece dan Republik Ireland.
Depay mengalami kecederaan semasa Atlético Madrid menang besar 7-0 ke atas Rayo Vallecano di Estadio de Vallecas minggu lalu, yang menyebabkan dia terkeluar daripada skuad Belanda sekali lagi, setelah turut terlepas perlawanan akhir Liga Negara-Negara pada Jun lalu.
Bergwijn juga cedera, selepas terlepas aksi bersama Ajax Amsterdam menentang Ludogorets Razgrad dalam Liga Europa pada Khamis.
Pemain pertahanan Newcastle United, Sven Botman, yang cedera buku lali ketika menentang Liverpool pada Ahad, turut diketepikan pengendali Ronald Koeman yang mengumumkan skuadnya.