Sinar Harian dijual harga promosi

Siti Farihan (dua dari kanan) bersama pengunjung Jualan Gudang Karangkraf yang membeli Sinar Harian pada Jumaat.
Siti Farihan (dua dari kanan) bersama pengunjung Jualan Gudang Karangkraf yang membeli Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai berpeluang membeli akhbar bahasa Melayu nombor satu di Malaysia, Sinar Harian pada harga RM1.60 selama 10 hari bermula 1 hingga 10 September ini.

Promosi ditawarkan menerusi Jualan Gudang Karangkraf itu adalah untuk menghargai pembaca setia Sinar Harian dan pengunjung.

Eksekutif Pemasaran Sinar Karangkraf, Siti Farihan Ismail berkata, harga tersebut hanya boleh didapati di jualan gudang sahaja.

Menurutnya, akhbar Sinar Harian masih dijual pada harga asal iaitu RM1.80 senaskhah di tempat lain.

“Pengunjung juga akan mendapat freegift berupa produk Karangkraf seperti baju, pelitup muka, bendera Malaysia dan sebagainya.

“Sangat berbaloi kerana harga yang ditawarkan murah dan dapat pula sagu hati pelbagai barangan. Kalau beli lima naskhah akhbar, kita akan berikan baju-T eksklusif Sinar Harian.

“Kita jangka akhbar ini akan terjual sebanyak 100 hingga 200 naskhah setiap hari. Mana nak dapat tawaran istimewa ini kecuali di jualan gudang,” katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, orang ramai diharapkan tidak mensia-siakan peluang ini.

Artikel Berkaitan: