Polis tahan wanita kasari kanak-kanak di taska

Rakaman video yang tular memaparkan seorang individu mengasari kanak-kanak di sebuah taska.
Rakaman video yang tular memaparkan seorang individu mengasari kanak-kanak di sebuah taska.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun bagi membantu siasatan selepas rakaman video berdurasi 44 saat memaparkan seorang individu mengasari kanak-kanak di sebuah taska tular di akaun media sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, wanita berkenaan ditahan di sebuah rumah di kawasan Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini pada Selasa lalu.

Beliau berkata, penahanan dibuat susulan laporan polis daripada ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 28 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah kanak-kanak lelaki tempatan berumur lingkungan setahun dan kejadian berlaku pada 25 Ogos 2023 sekitar 3.50 petang di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di kawasan Bandar Bestari Perdana, Pasir Gudang.