China lancar satelit pertama teknologi AI dan VR

Satelit Worder Journey-1A yang berteknologi AI dan VR dilancarkan China pada 10 Ogos lalu. - Agensi
Satelit Worder Journey-1A yang berteknologi AI dan VR dilancarkan China pada 10 Ogos lalu. - Agensi
A
A
A

BEIJING - Sebuah syarikat komersial di China berjaya menggunakan satelit yang dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan realiti maya (VR), dipercayai boleh mengurangkan kos pengembaraan membawa manusia ke angkasa lepas.

Menurut jurucakap Star Vision, Wu Lei berkata, penggunaaan teknologi AI dan VR adalah kali pertama digunakan mereka untuk mencuba pengimejan kreatif dari satelit tersebut.

"Video yang menakjubkan ini akan diambil daripada kamera panorama VR di satelit berteknologi AI tersebut.

"Dengan bantuan VR, gambar dan video resolusi tinggi boleh digunakan dalam senario pendidikan dan saintifik pada masa depan," katanya.

Difahamkan, satelit dikenali Worder Journey-1A telah dilancarkan pada 10 Ogos lalu di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, Inner Monggolia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Vision, Wen Zhuoming berkata, teknologi pengkomputeran canggih oleh syarikatnya akan menyelesaikan masalah timbul daripada satelit 'tradisional' semasa berada di angkasa lepas dengan keupayaan memproses enam gigabait sesaat di dalam orbit.

Katanya, mereka mensasarkan untuk melancarkan lebih banyak satelit dalam beberapa tahun akan datang yang digunakan dalam tujuan aplikasi komersial.

"Aplikasi ini termasuk amaran bencana, statistik pelepasan karbon di seluru dunia dan penerokaan lautan," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: