LRASK tercemar sudah operasi sepenuhnya

Bantuan bekalan air alternatif disalurkan menggunakan lori tangki kepada penduduk di kawasan yang terjejas sepanjang penutupan operasi LRASK ekoran pencemaran sumber air mentah Sungai Keratong, Rompin.
Bantuan bekalan air alternatif disalurkan menggunakan lori tangki kepada penduduk di kawasan yang terjejas sepanjang penutupan operasi LRASK ekoran pencemaran sumber air mentah Sungai Keratong, Rompin.
A
A
A

KUANTAN - Operasi Loji Rawatan Air Sungai Keratong (LRASK), Rompin yang dihenti tugas pada 28 Ogos lalu akibat pencemaran sumber air mentah Sungai Keratong kembali beroperasi pada Khamis.

Sebanyak 11,500 akaun pengguna terjejas selepas sumber air mentah dari sungai berkenaan tercemar dan tidak selamat untuk digunakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, pencemaran dipercayai berpunca daripada aktiviti sebuah kilang di daerah itu.

"LRASK telah kembali beroperasi bermula jam 12 tengah hari pada 31 Ogos selepas kerja pembersihan selesai dijalankan dan hasil pemantauan mendapati kualiti air mentah Sungai Keratong telah mencapai tahap yang dibenarkan dan selamat untuk digunakan.

"Proses rawatan air dan agihan ke kawasan terjejas telah dijalankan dan kini dalam proses pemulihan secara berperingkat," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, tempoh pemulihan bekalan air berbeza mengikut kawasan dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan pada sistem agihan bekalan air.

"Bekalan air alternatif melalui lori tangki dan tangki statik akan diteruskan di kawasan-kawasan yang masih terjejas sehingga bekalan air di semua kawasan pulih sepenuhnya.

"Pihak Paip sentiasa memastikan air terawat yang dibekalkan daripada semua loji rawatan air (LRA) di seluruh negeri Pahang selamat untuk digunakan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ujar Saiful Zaini, pemeriksaan kualiti air dilakukan secara berkala setiap hari dan semua pengeluaran air daripada LRA mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Pihak Paip berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pemulihan bekalan air dan penyediaan bekalan alternatif ketika berlaku gangguan bekalan.

---

Lori tangki disediakan pelbagai pihak termasuk bomba dan operator air negeri lain untuk membekalkan bekalan air kepada penduduk terjejas sehingga bekalan pulih sepenuhnya.
Lori tangki disediakan pelbagai pihak termasuk bomba dan operator air negeri lain untuk membekalkan bekalan air kepada penduduk terjejas sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

"Penghargaan khusus diberikan kepada syarikat operator air dari negeri lain dan bomba serta semua pihak yang membantu menyediakan perkhidmatan lori tangki untuk bekalan alternatif kepada penduduk terlibat," tambahnya.

Tambah beliau, bantuan segera disalurkan operator air negeri lain di lokasi dalam tempoh 24 membuktikan semangat kerjasama dan setia kawan di antara syarikat operator air di negara ini.

"Pihak kami telah memberi komitmen sepenuhnya dalam menyelesaikan isu gangguan bekalan air ini dan isu pencemaran air sungai diserahkan untuk tindakan penguat kuasa dan agensi berkaitan," katanya.