Bekas ketua Proud Boys dihukum penjara lebih sedekad

Joseph Biggs (dari depan tengah) dijatuhi hukuman 17 tahun penjara kerana menghasut rusuhan di Capitol pada 6 Januari 2021. - Agensi
Joseph Biggs (dari depan tengah) dijatuhi hukuman 17 tahun penjara kerana menghasut rusuhan di Capitol pada 6 Januari 2021. - Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Dua bekas pemimpin kumpulan haluan kanan Proud Boys masing-masing dijatuhi hukuman penjara lebih sedekad selepas disabit bersalah menghasut serangan dan menghalang peralihan kuasa secara aman di bangunan Capitol, Amerika Syarikat (AS) pada 6 Januari 2021.

Penganjur perhimpunan, Joseph Biggs dijatuhi hukuman 17 tahun penjara dan Zachary Rehl pula dijatuhi hukuman 15 tahun penjara.

Ia adalah hukuman penjara kedua dan ketiga terpanjang yang dijatuhkan dalam serangan Capitol.

Bigss dan Rehl adalah ahli Proud Boys pertama yang dijatuhkan hukuman oleh Hakim Daerah AS, Timothy Kelly.

Tiga lagi ahli kumpulan itu, Enrique Tarrio, Ethan Nordean dan Dominic Pezzola turut dituduh cuba menghalang pengiktirafan Kongres terhadap kejayaan Joe Biden menewaskan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS ketika itu.

Lebih 900 orang ditahan berkaitan kes penyokong Trump menyerbu Kongres, namun hanya segelintir didakwa atas pertuduhan konspirasi menghasut yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun.

Kejadian pada 2021 itu menyebabkan sekurang-kurang lima maut dan 140 anggota polis cedera. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!