Lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki ditahan bagi siasatan lanjut berkaitan kes lelaki yang maut ditembak di hadapan sebuah kedai di di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, suspek merupakan warga tempatan berumur lingkungan 20-an itu diberkas pada Khamis.

"Suspek ditahan sepasukan anggota polis kira-kira jam 12 tengah hari di sekitar kawasan Kapar.

"Usaha masih giat dijalankan bagi mengesan beberapa lagi individu dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Rabu, seorang lelaki ditemui maut dipercayai ditembak dalam kejadian di hadapan bangunan rumah kedai dua tingkat Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini.

Kejadian tersebut disedari orang awam di sekitar lokasi kejadian sebelum menemukan mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah.

Polis sebelum ini mengesahkan mangsa berumur 36 tahun itu turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan: