Bagi alasan pinjam motosikal kawan, lupa elak ditahan

JPJ Selangor melaksanakan operasi ambang merdeka di Plaza Tol Puchong Selatan pada Rabu. - Foto ihsan JPJ Selangor
JPJ Selangor melaksanakan operasi ambang merdeka di Plaza Tol Puchong Selatan pada Rabu. - Foto ihsan JPJ Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Pinjam motosikal rakan dan terlupa antara alasan diberi penunggang motosikal selepas ditahan atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan jalan tamat tempoh.

Kesalahan itu antara yang dikesan menerusi operasi ambang merdeka yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Plaza Tol Puchong Selatan, dekat sini pada Rabu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi bermula jam 8 malam yang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Selangor, Mazlini Yusof bertindak memeriksa 2,112 kenderaan.

573 notis turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Foto ihsan JPJ Selangor
573 notis turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Foto ihsan JPJ Selangor

Menurutnya, 573 notis turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Daripada jumlah itu, tiga kesalahan utama ialah LKM tamat tempoh sebanyak 110 kes, tiada perlindungan insurans (105 kes) dan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) (148 kes).

"17 motosikal turut disita antaranya kerana LKM tamat tempoh melebihi setahun dan warga asing yang tiada lesen memandu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, pelbagai alasan diberi penunggang selepas motosikal mereka disita antaranya belum gaji, tiada wang mahu perbaharui, pinjam motosikal rakan serta terlupa.

Artikel Berkaitan:

JPJ Selangor melaksanakan operasi ambang merdeka di Plaza Tol Puchong Selatan pada Rabu. - Foto JPJ Selangor
JPJ Selangor melaksanakan operasi ambang merdeka di Plaza Tol Puchong Selatan pada Rabu. - Foto JPJ Selangor

Katanya, pemandu kenderaan dan penunggang motosikal adalah dinasihatkan supaya sentiasa patuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

"Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan amalkan pemanduan secara berhemah.

Operasi sehingga jam 12 tengah malam itu turut melibatkan keanggotaan Polis Bantuan dari Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK).

Ujar Ahmad Kamarunzaman, sebarang aduan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu dan butiran aduan.