Badut cetus panik di pekan kecil

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NASHVILLE - Kemunculan seorang lelaki berpakaian badut telah mencetuskan keresahan dalam kalangan ibu-bapa di sebuah pekan kecil di Clarksville, Amerika Syarikat.

Kelibat lelaki berkenaan dilihat memberikan gula-gula kepada mana-mana murid sekolah rendah yang dijumpainya.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, beberapa penduduk prihatin membuat panggilan kecemasan dan melaporkan 'situasi membimbangkan' itu kepada pihak berkuasa.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada Khamis lalu mengenai gerak-geri mencurigakan seorang lelaki berpakaian badut.

"Lelaki itu dilaporkan memandu kereta bersendirian dan memberi gula-gula kepada mana-mana budak dijumpainya.

"Namun kebanyakkan 'mangsa' melarikan diri apabila dihampiri badut tersebut.

"Penduduk bimbang kemungkinan lelaki itu berniat jahat atau seorang penculik," kata jurucakap Jabatan Polis Clarksville.

Susulan itu, polis bertindak menahan lelaki itu dalam satu sekatan jalan raya di Keysburg Road.

Artikel Berkaitan:

Polis mengesahkan lelaki berkenaan tidak berniat jahat sebaliknya berkata, dia berpakaian badut bagi menyambut hari jadinya.

"Jangan bimbang penduduk Clarksville. Misteri lelaki badut telah terjawab.

"Lelaki tua ini berpakaian badut setahun sekali bagi menyambut hari jadinya.

"Dan hari ini ialah hari jadinya. Jadi anda semua boleh bernafas semula," kata kenyataan polis.

Ketakutan terhadap badut atau caulrophobia bukan perkara baharu di AS.

Malah, pengaruh media termasuk filem turut menggambarkan imej badut sebagai menyeramkan. - Agensi