Jadikan Al-Quran kompas hidup tarik minat Wardah & Kahf taja Malaysia #QuranHour

Syukrina Mohtar (bawah, dua dari kiri) ketika Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Rabu.
Syukrina Mohtar (bawah, dua dari kiri) ketika Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Usaha mengajak orang ramai untuk membaca al-Quran sebagai rutin harian dan menjadikan ia sebagai kompas hidup umat Islam menarik minat Wardah & Kahf sebagai antara penaja bagi Malaysia #QuranHour.

Pengurus Pembangunan Pemasaran dan Perhubungan Awam, Syukrina Mohtar, 32, berkata, pihaknya menaja program itu kerana kedua-dua jenama berkenaan berkongsi nilai yang sama selain mahu menyokong usaha mencipta kesan positif buat pembangunan ummah di negara ini.

“Paragon, menerusi jenama Wardah & Kahf percaya bahawa kami berkongsi nilai yang sama dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

“Oleh itu, kami mahu menyokongnya dan menjadikan al-Quran sebagai kompas hidup untuk umat Islam dalam mencari makna kehidupan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Malaysia #QuranHour berlangsung pada 30 Ogos lalu bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dengan membawa tema 'Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar'.

Penganjuran tersebut selari dengan hasrat kerajaan dalam menggalakkan masyarakat untuk mendekati al-Quran, dibarisi Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Nizran Noordin; Ir Muhammad Hasanuddin Thoyleb MM yang mewakili penganjur Indonesia #QuranHour dan pihak pengurusan rakan sinergi media.

Hadir sama, isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datin Nik Roslini Raja Ismail; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil dan ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (Altimet).

Syukrina memaklumkan, antara faktor lain yang mengukuhkan keputusan pihaknya bersetuju untuk menjadi penaja MQH adalah kerana Wardah & Kahf juga mempunyai slot pengisian rohani di tempat kerja seperti aktiviti tazkirah dan kuliah bulanan secara dalam talian.

Artikel Berkaitan:

“Kami mempunyai aktiviti keagamaan dan kuliah bulanan yang kami buat secara dalam talian, memang sudah ditetapkan di dalam kalendar pekerja di Malaysia serta Indonesia.

“Tambahan pula, Wardah & Kahf turut menawarkan tajaan program pelancongan buat semua pekerja yang telah berkhidmat selama tujuh tahun atau lebih.

"Menerusi program ini, yang beragama Islam akan dihantar untuk menunaikan Umrah,” ujarnya.