'Saya bangga dikunjungi legenda politik'

Anwar (kanan) meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Yazit dan isterinya, Ramlah Ahmad, 60 di rumahnya di Wangsa Maju semalam.
Anwar (kanan) meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Yazit dan isterinya, Ramlah Ahmad, 60 di rumahnya di Wangsa Maju semalam.
A
A
A

KESUDIAN Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi pemain dram Search, Yazit Ahmad, 57, pada program ziarah Mahabbah Ramadan dianggap satu penghargaan oleh anak seni itu.

Anwar tiba kira-kira jam 3.20 petang semalam ditemani Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad di kediamannya di Wangsa Maju.

Beliau terdahulu menziarahi ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan pendakwah, Datuk Ismail Kamus

Berkongsi lanjut, Yazit berkata, dia mengenali Anwar pada hujung tahun 70-an sewaktu Ahli Parlimen Port Dickson itu aktif dalam gerakan mahasiswa di Universiti Malaya (UM).

"Kebetulan saya ke UM untuk buat persembahan dan Anwar datang bersama rakan-rakan datang berikan sokongan. Tapi ketika itu saya tak kenalnya, hanya tahu dia Anwar melalui surat khabar.

"Saya bangga kerana didatangi legenda politik, saya tak sempat buat sebarang persediaan kerana hanya dimaklumkan tentang kedatangannya semalam (kelmarin)," katanya.

Katanya, masa singkat itu digunakan untuk bertanya khabar dan perkembangan kesihatan.

"Kami tak cerita berkenaan politik hanya berkongsi keadaan kesihatan dan masalah dihadapi.

Artikel Berkaitan:

"Kunjungan singkat itu memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan menuntut hak. Insya-ALLAH beliau akan bantu dari segi keperluan bersesuaian," katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, kunjungan yang diadakan akan dipanjangkan kepada kementerian terlibat untuk pembelaan dan kebajikan penggiat seni tanah air.

"Saya akan merujuk kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi bagi memperincikan kaedah yang boleh digunakan untuk bantu golongan seniman dalam tempoh jangka masa panjang.

“Ini kerana kebajikan mereka dalam tempoh tersebut sangat penting bagi memberi jaminan khususnya pada hari tua kelak,” katanya.

Yazit menderita sakit buah pinggang sejak 11 tahun lalu dan perlu menjalani dialisis sebanyak 12 kali dalam tempoh sebulan dengan kos perubatan ditanggung oleh Baitulmal.