Yakin PH-BN menangi PRK Pulai

JOHOR BAHRU – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad yakin gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK), Parlimen Pulai kali ini.
Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Perak itu berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada kerja kuat yang dilakukan jentera PRK parlimen berkenaan dalam memenangi hati pengundi.
“PRK Pulai kali ini adalah untuk kita menang semula kawasan parlimen yang telah dimenangi oleh salah seorang ahli parlimen yang mewakili PH dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
“Bermakna kemenangan ini adalah kemenangan gabungan PH-BN... kita kena memenangi semula dan saya cukup yakin melihat kerja kuat mereka untuk memenangi hati pengundi dan seterusnya memberikan undi kepada calon PH-BN,” katanya.