Dua pengunjung Lata Bayu terperangkap kepala air

Anggota APM membawa mangsa yang mengalami kecederaan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Baling.
Anggota APM membawa mangsa yang mengalami kecederaan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Baling.
A
A
A

BALING - Dua pengunjung di Lata Bayu, Asam Jawa di sini berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air yang berlaku selepas hujan lebat pada petang Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerima panggilan kecemasan pada jam 4.55 petang mengenai kejadian terbabit.

Katanya, seramai sembilan anggota APM bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa berjaya diselamatkan pada jam 5.55 petang.

"Seorang mangsa berusia 22 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dibawa ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan, manakala seorang lagi dilaporkan dalam keadaan sedar dan stabil," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis malam.

Mohd Faizol dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai yang ingin melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun supaya berhati-hati dan segera meninggalkan kawasan tersebut jika terdapat tanda-tanda berlakunya kepala air.

Artikel Berkaitan: