58 maut dalam kebakaran bangunan di Johannesburg
JOHANNESBURG - Sekurang-kurangnya 58 orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan bertingkat di bandar Johannesburg, Afrika Selatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik perkhidmatan kecemasan tempatan pada Khamis.
Sekurang-kurangnya 43 lagi cedera, kata jurucakap Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Johannesburg, Robert Mulaudzi.
Mulaudzi berkata, angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!