[VIDEO] Penyewa dari 'neraka' rela makan, tidur atas sampah hampir dua tahun

A
A
A

BEIJING - Pemilik rumah di Wilayah Shangdong sangat terkejut apabila seorang wanita yang menyewa apartment miliknya tidak membuang sampah lebih setahun.

Rakaman video oleh tuan rumah bernama Xie pada 18 Ogos lalu menunjukkan penyewa yang namanya tidak didedahkan sedang duduk atas longgokan sampah sambil bermain telefon.

Malah, longgokan sampah dilihat meninggi hampir mencecah tingkap di apartment tersebut.

Gelagat penyewa wanita sedang bermain telefon atas longgokan sampah di apartment. - Agensi
Gelagat penyewa wanita sedang bermain telefon atas longgokan sampah di apartment. - Agensi

Xie menyifatkan bau sampah itu antara paling teruk pernah dihidunya dan hampir muntah selepas memasuki unit miliknya itu.

Justeru, dia terpaksa menghabiskan lima jam membersihkan kediaman yang disewa hampir dua tahun.

Ramai pengguna media sosial memberi komen mengenai video tersebut melahirkan rasa terkejut dengan penyewa yang hidup dikelilingi sampah selama lebih setahun.

Mereka juga bimbang jika wanita itu mungkin mengalami masalah pernafasan dan penghadaman akibat hidup terlalu lama dengan sampah-sarap itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: