Ulang Tahun UMNO ke-73 disambut sederhana tapi meriah

Turut hadir Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam Majlis Berbuka Puasa Sempena Ulang Tahun UMNO ke-73 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini. - FOTO MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Turut hadir Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam Majlis Berbuka Puasa Sempena Ulang Tahun UMNO ke-73 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini. - FOTO MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sederhana tapi meriah dan penuh bermakna itulah gambaran sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-73 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sambutan yang turut meraikan majlis berbuka puasa itu dihadiri hampir 2,000 tetamu terdiri daripada ahli, pimpinan UMNO, pimpinan Pas dan lain-lain.

Antara pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang hadir adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong; Presiden MIC, Senator Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Hadir sama Naib-Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Wanita, Datuk Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarikh Khan; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut kelihatan, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, ahli ahli Majlis Kerja Tertinggi, Exco-Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, ketua-ketua bahagian, ahli-ahli jawatankuasa bahagian, pimpinan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), pimpinan veteran UMNO dan jemputan khas.

Sementara pimpinan Pas yang hadir adalah Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz; Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menghampiri waktu berbuka, turut kelihatan hadir memeriahkan majlis, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pimpinan dan ahli-ahli UMNO kemudiannya menyertai bacaan tahlil dan doa selamat khas yang diadakan selepas solat Maghrib di Surau Ar Rahman, disusuli solat Isyak dan solat tarawih.

Artikel Berkaitan:

Sambutan Hari UMNO ke-73 kali ini dilihat berjaya memperkukuhkan iltizam ahli-ahli UMNO bagi berjuang lebih dinamik dan berstrategi sebagai barisan pembangkang bersama sama MCA, MIC, Pas dan rakan rakan NGO yang lain, demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negara ini.