Amir Masdi, Siti Nordiana gegarkan Dataran Kerayong

No Image Caption
A
A
A

BAGI meraikan penduduk kampung dan memberikan suatu pengalaman sensasi menerusi persembahan muzik terkini oleh bakat terkenal tempatan, Tune Talk dan ERA membawakan jelajah 'Konsert Kampung'.

Siri jelajah yang sudah bermula sejak 19 Ogos lalu kini bakal ditutup menerusi persembahan istimewa Amir Masdi, Siti Nordiana dan Kugiran Masdo di Dataran Kerayong, Bera, Pahang pada 2 September ini.

Konsert yang memberi tumpuan kepada 'orang kampung' itu telah menghiburkan penduduk di Kampung Baru Hulu Bernam pada 19 Ogos lalu dan diikuti Kompleks Sukan Felda Palong 6 (26 Ogos).

No Image Caption

Konsert Kampung diadakan bertujuan memupuk semangat tempatan, menyemai setiap persembahan untuk kebanggaan masyarakat kerana Tune Talk penyokong teguh untuk bakat-bakat tempatan menyinar, berdedikasi dalam mempamerkan kecermerlangan artis kita.

Lebih menarik, konsert ini terbuka kepada orang ramai dan buat pengguna Tune Talk, mereka akan dapat menikmati keistimewaan VIP eksklusif dengan banyak lagi kemudahan menarik.

Sebagai tambahan kepada siri jelajah ini dan meraikan ulang tahun Tune Talk yang ke-14 pada 19 Ogos lalu, terdapat banyak aktiviti dan hadiah yang boleh dimenangi di lokasi konsert serta secara dalam talain.

Nantikan pengumuman menerusi laman web http://www.tunetalk.com/.

Artikel Berkaitan: