1,500 hadiri Yakult Fiesta 2023

Beberapa peserta bermain permainan yang disediakan di Yakult Fiesta 2023.
Beberapa peserta bermain permainan yang disediakan di Yakult Fiesta 2023.
A
A
A

SERAMAI 1,500 pengunjung telah hadir ke program anjuran Yakult (M) Sdn Bhd (Yakult), Yakult Fiesta 2023 yang diadakan di Seremban pada Sabtu.

Yakult dalam satu kenyataan berkata, Yakult Fiesta 2023 diadakan bertujuan untuk menghargai pelanggan setia dan rakan strategik Yakult yang sentiasa memberikan sokongan dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan komuniti.

“Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang Yakult Fiesta 2023 antaranya ialah pengunjung dapat menyaksikan sendiri penghasilan minuman ikonik probiotik Yakult.

“Pelbagai permainan, pertandingan mewarna dan persembahan menarik dari sekolah sekitar Negeri Sembilan telah diadakan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Turut diadakan ialah pertunjukan fesyen keluarga dan kebanyakan peserta telah mempamerkan gaya yang unik,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Yakult juga telah menganjurkan pertandingan kitar semula melibatkan sekolah-sekolah di Negeri Sembilan berkonsepkan penggunaan inovatif botol-botol Yakult pada bulan Julai yang lepas sebagai gimik pra-acara Yakult Fiesta 2023.

Dari kiri: Yuji Yoshida, Pengaraj Bersekutu Bahagian Perhubungan Awam dan Sains Yakult, Mazlyn Mena Mustapha, Pengerusi Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri Sembilan, Ahmad Kashfi Mohd Ali, Fazeerul, Hiroki Yanase dan Pengurus Kanan Kilang Yakult, Isami Oka dan Pengurus Besar Kilang Yakult, Suhaimi Yahaya pada Majlis Pelancaran Yakult Fiesta 2O23 yang diadakan di Kilang Yakult, Seremban pada Sabtu.

“Kemuncak acara menyaksikan pengumuman Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Sua Betong, Port Dickson sebagai juara pertandingan tesebut yang telah menunjukkan kreativiti dan inovasi yang luar biasa,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, kejayaan penganjuran Yakult Fiesta 2023 kali ini kerana sokongan berterusan para pelanggan dan rakan strategiknya.

Artikel Berkaitan:

“Kami berharap acara ini dapat mendekatkan lagi hubungan kami dengan komuniti sebagai keluarga besar Yakult sekali gus memberikan kegembiraan dan mengeratkan ikatan silaturahim dengan para pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, Yakult Fiesta 2023 telah memanifestasikan kesungguhan mereka dalam menerapkan kesihatan dan penglibatan komuniti selaras dengan falsafah korporatnya.

Majlis Perasmian Yakult Fiesta 2023 telah dihadiri Pengarah Kilang Yakult Malaysia, Yuji Yoshida dan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Fazeerul Akmar Ahmad.