Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia

Mohd Said
Mohd Said
A
A
A

MELAKA - Bekas Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, 70, meninggal dunia di Hospital Melaka akibat sakit tua pada malam Isnin.

Anak kedua Allahyarham, Nor Adawiyah Mohd Said, 40, memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.10 malam.

"Sejak Disember tahun lalu arwah bapa terlantar sakit dan sering keluar masuk hospital sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot.

"Sebelum ini, arwah bapa mengalami beberapa penyakit kronik termasuk kencing manis," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Allahyarham yang sepenggal menjadi Ahli Parlimen Jasin bermula 2004 hingga 2008.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Rozana Samsudin, 66, tiga anak dan enam cucu.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Temu pada jam 11 pagi ini.

Artikel Berkaitan: